Monday, March 30, 2009

hari konvokasi para sahabat

buat pengetahuan semua, aku masih lg menuntut dan merupakan seorang penuntut ilmu yang agak santai di salah sebuah IPTA kt Malaysia ni..mengapa aku katakan aku penganggur sebelum ini..? mmg aku seorang penganggur memandangkan sekarang aku telah berada di tahun akhir pengajian aku sebelum aku betul2 dapat menjawat apa2 jawatan.. jd aku lebih suka gelarkan diri ini penganggur drp menggelarkan diri ini seorang mahasiswa.. (gelaran mahasiswa itu sehingga kini tidak termampu aku tanggung memandangkan diri aku merasakan belum layak dan belum cukup ilmu yang aku tuntut selama nie.. banyak lagi yang aku sepatutnya belajar..)


pada hari ini, (30 March 2009) abang2 serta kakak2 senior aku yg terdahulu dah sarungkan jubah konvokesyen dorg, pakai topi petak tu, (sumpah aku xtau org pgil topi tu ngan nama pa..mmg xleh jadi mahasiswa..) genggam skrol sambil tersengih bangga, kena lambung tinggi-tinggi dgn kwn2.. ahh besnya.. bila la turn aku.. dalam hati ni dh lama terbakar nk grad cepat2..tapi dalam masa yang sama betapa aku akan merindui alam pengajian ni.. kawan2, gurau2, awek2, (heh heh heh), saat ni la betul2 aku rasa diri ni muda..! (semua orang akan merasa saat diri dorg muda dan xkn nk mengaku diri dah tua.. huhu..)


aku akan nantikan semester terakhir aku di universiti ini berakhir dan menanti saat giliran aku pula yang mengenakan jubah, topi yang lawak tu, dan dilambung sahabat2 perjuangan yang lain..! yeah...!

1 comment:

  1. kalaulah aku turut sama menuntut dgn hang, pasti aku antara yang akan melambung hang nanti..

    ReplyDelete