Monday, March 30, 2009

hari konvokasi para sahabat

buat pengetahuan semua, aku masih lg menuntut dan merupakan seorang penuntut ilmu yang agak santai di salah sebuah IPTA kt Malaysia ni..mengapa aku katakan aku penganggur sebelum ini..? mmg aku seorang penganggur memandangkan sekarang aku telah berada di tahun akhir pengajian aku sebelum aku betul2 dapat menjawat apa2 jawatan.. jd aku lebih suka gelarkan diri ini penganggur drp menggelarkan diri ini seorang mahasiswa.. (gelaran mahasiswa itu sehingga kini tidak termampu aku tanggung memandangkan diri aku merasakan belum layak dan belum cukup ilmu yang aku tuntut selama nie.. banyak lagi yang aku sepatutnya belajar..)


pada hari ini, (30 March 2009) abang2 serta kakak2 senior aku yg terdahulu dah sarungkan jubah konvokesyen dorg, pakai topi petak tu, (sumpah aku xtau org pgil topi tu ngan nama pa..mmg xleh jadi mahasiswa..) genggam skrol sambil tersengih bangga, kena lambung tinggi-tinggi dgn kwn2.. ahh besnya.. bila la turn aku.. dalam hati ni dh lama terbakar nk grad cepat2..tapi dalam masa yang sama betapa aku akan merindui alam pengajian ni.. kawan2, gurau2, awek2, (heh heh heh), saat ni la betul2 aku rasa diri ni muda..! (semua orang akan merasa saat diri dorg muda dan xkn nk mengaku diri dah tua.. huhu..)


aku akan nantikan semester terakhir aku di universiti ini berakhir dan menanti saat giliran aku pula yang mengenakan jubah, topi yang lawak tu, dan dilambung sahabat2 perjuangan yang lain..! yeah...!

Wednesday, March 25, 2009

kebah dr dmam..


hgpa paham ka 'kebah' tu pa..haha..aku pun main ckp ja..selama dua hr Tuhan menarik nikmat sihat aku..betapa aku rasa besyukur kalo sihat..2 hari aku teperuk dalam bilik..kejap tido kejap terjaga..pastu tetido balik..penyeksaan wooo...walau pun camtu, dalam kdaan separa sedar and still mleleh2 hingus di hidung aku taip gak ssuatu bg mengisi kebanyakan masa aku dalam bilik.. sebab tu la bagus kalo kita menulis ni leh isi masa lapang..

Sori la kepada tuan-tuan semua sekiranya penulisan yang aku post ni langsung tak mengikut spesifikasi bahasa Melayu yang tepat sedang rakyat Malaysia terutama orang Melayu dok kecoh2 ttg isu memartabatkan bahasa Melayu terutama isu PPSMI apatah lagi nak menulis mengikut format penulisan APA... Aku penganggor je yeop...

pasal PPSMI tu...wats the big deal..?aku rase cam bagus je...aku pun blaja bahasa inggeris pa...MUET aku bleh kata bleh tahan la....xdela pulak bertukar jadi Mat Saleh...gelap jugak kulit aku nih...nk sekat "budaya kuning"..? kah kah kah! nak tergelak aku sambil guling-guling... sampai mati pun xkn ada 1 medium yang mampu menyekat penglobalan budaya dr merebak ke dlm kpla otak anak2 kita...internet bersepah beb...hgpa yg baca blog aku ni pun cuba try tnya diri sendiri... "satu hari brapa jam on9 maa..?"..hah hah hah..! tu pun lepas aku mendalami betul2 la vision seorang datuk yang nak cucu2 Melayu dia ni maju actually..bkn nk mnjahanamkan dorg....seorang datuk yang aku raspek..yang dulu mase kecik2 aku rase nyampah gak sbb masa ayah aku tengok news kat peti televisi, mesti ada muka atuk ni...acap kali...masa kecik-kecik aku x paham pun...dah membesar sikit otak ni baru aku paham.....hgpa kenai kot.... sapa x kenai...Tun Dr. Mahathir Mohamad...Visionary...pegi mati la org nk kata dia pnh korup ka pa...aku pun korup pa..? kalo x puas hati jom la lawan dam aji ngan aku...hgpa pun sama la jugak woi...(sori tuan-tuan jika menyentuh hati dan perasaan..i dont mean anything to hurt u guys..)

ha aku tersasar dah ni...aku nk cita pasai lain, tercita pasai lain...ni la akibat menulis ikut kata hati...Tun cakap kat aku, (actually aku baca dlm blog dia).. "sains dan matematik adalah ilmu yang berkembang dan bertambah sepanjang masa. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris." ish... tiba-teba aku penin kpala balik... this pain is killin me..tuan-tuan bleh sambung baca kat link yang aku bagi ni..(sori tuan-tuan...)

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa-1.html






Monday, March 23, 2009

pengenalan santapan minda

Assalamualaikum & salam sejahtera anak-anak...  

aku adalah salah seorang penganggur dalam ribuan rakyat Malaysia yang mana turut menanggung nasib malang akibat daripada kekurangan skill lembut (kalo org putih ckp tu "
soft skill" la.. ahaha~).. aku pun x phm kenapa orang xnak amik aku bekerja.. aku ada hard skill apa..? amik la aku keja oi.. syarikat2 gergasi multinasional Petronas, Air Asia, TM, TNB, MISC, Sime Darby, Bank Islam, Tabung Haji dan macam2 la bapak syarikat ni xkn la xda 1 keja kot utk aku..cleaner pun ok pa..petrol pump attentdant pun layan... lama-lama leh jd manager pa..besar rahmat la tu...aku kesempitan la wey...jgn la wat aku cmni...jgn sampai aku bkak syarikat sendiri..kang aku jd pesaing yg sihat nnti mrh la plak...ahaha~  

jadi kembali semula ke pangkal jln, dalam reramai orang yang start mengaplikasi laman blog ni, blh dikatakan aku la antara org yg terakhir nk try gna.. tp dlm diam2 tu da lama nk bt cuz mcm2 nk diluah rasa hati..tp mcm2 la plak hal yg dtg..(walaupun aku seorang penganggur? ironi yang aku sendiri x phm...) so bl dah free sgt ni and dh tatau nk bt apa sgt, mula la terigt smula nk start blik pa yang dah aku hmpir trlupakan dulu... jd pa yang aku dah carutkan ni la pembuka kata, pemanis bicara, salam pengenalan buat semua penganggur2 yg senasib dgn aku...rakyat Malaysia yang peramah seadanya, para pemuzik jalanan, peniup-peniup seruling, serunai, punai dan macam2 jenis individu yang live in their own character, aku ucapkan selamat berkenal-kenal...so cukup la takat ni.. 


sekian dahulu ye adik2.. wasalam..